Minggu Kedua Kembara Kami ! | Promot ! Promot !

Pada minggu kedua ini saya dan rakan-rakan akan melakukan program mempromosi Kidzlife dari rumah ke rumah di sekitar kawasan sebelah PPR Sri Pantai Blok D100. Seperti biasa kami terpaksa ke sana dengan menaiki teksi dan kehadiran kami akan dicatat oleh Encik Chin Hoe. Kami diberikan taklimat tentang program yang bakal dilaksanakan dan penjelasan tentang penjagaan aspek keselamatan diri sewaktu melakukan promosi. Setiap pelajar akan pergi secara berpasangan sebagai teman dimana setiap dua orang akan pergi mempromosi di setiap 4 tingkat. Setiap floor menpunyai 16 pintu dimana kami berasa penat melakukan promosi kerana lif yang terdapat disana tidak digunakan dengan baik.Malah, sesetengah dari kami memilih menggunakan tangga kerana tidak sanggup menggunakan lif yang kotor dan berbau busuk.Kehadiran kami dianggab sebagai “sales girl” dimana pintu tidak akan dibuka walaupun ada prang didalamnya. Sesetengah masyarakat bersikap negatif dimana ada segelintir ibu bapa yang menganggap program KidzLife ini membuang masa dan tidak berfaedah dimana ia sekadar memberikan kanak-kanak keseronokan. Perkara ini dikata oleh salah seorang pekerja kerajaan yang bekerja sebagai jururawat lelaki dimana dia mengarahkan anak perempuannya menutup pintu tanpa mendengar penjelasan kami.Ia amat mengecewakan saya yang berpasangan dengan Yap Onn Sang. Kehadiran Yap di pintu rumah orang Melayu disalah anggab dimana seorang perempuan terus menghempas pintu rumahnya ketika Yap sedang mempromosi program KidzLife. Keadaan ini berlaku kerana Yap tidak begitu pandai berkomunikasi dengan masyarakat dimana dia lebih suka menggunakan bahasa Inggeris. Pada saya ia lawak dan sangat melucukan dimana saya akan sentiasa mentertawakan dia sepanjang aktiviti promosi kami.


Kami sedang berbincang mengenai Program tersebut.
          
Dapat dilihat di kawasan perumahan flat ini amat mengerikan dimana kawasannya yang kotor dan penuh najis kucing di setiap simpang jalan floor tersebut.Disini dapat saya simpulkan bahawa masyarakat disana tidak menitikberatkan aspek kebersihan. Hampir kesemua penduduk di situ akan membuang sampah melalui tingkap dapur mereka seperti kotak kertas telur, plastic, kulit telur, sisa makanan dan sebagainya. Sampah sarap ini pula akan terkumpul disitu dan membuatkan banyak ulat membiak dan  lalat bertebangan di situ. Masyarakat disini turut mengamalkan hidup berlandaskan penempatan kaum dimana Encik Herman, selaku pegawai Kebajikan Masyarakt di situ menjelaskan bahawa orang Melayu akan mendominasi tingkat bawah, diikuti orang Cina di bahagian tengah dan akhir sekali tingkat teratas ialah orang India. Hubungan antara tiga kaum ini dilihat amat renggang dimana mereka tidak akan duduk di kedai makan dalam satu meja yang sama. Malah, masyarakat India tidak suka bergaul antara kaum lain dari peringkat umur kanak-kanak, remaja sehingga orang dewasa.Terdapat beberapa orang gila yang berkeliaran di kawasan tersebut membuat kami berasa takut untuk lalu berdekatan kawasan mereka berdiri. Hal ini  kerana saya takut mereka akan menyerang kami dan mencederakan kami. Menurut infomasi yang diberikan Encik Herman, masyarakat PPR Sri Pantai juga terlibat dengan masalah sosial seperti dadah dan peminjam hutangAlong. Malah pernah terjadi kes pergaduhan ketika ALONG datang mengutip wang pinjaman.
         
 Aktiviti seterusnya yang kami lakukan ialah program bersama orang dewasa.Masyarakat yang terlibat ialah warga emas yang kebanyakkannya ialah orang Melayu yang diikuti dengan sebilangan kecil warga Cina dan India.Program dewasa yang dilakukan ialah membina satu pelan perancangan tentang usaha untuk menaja modal pendapatan sampingan atau kekal seperti strategi perniagaan bagi meningkat taraf hidup.Program ini menerapkan aspek kerjasama dan toleransi antara kaum yang berbeza dalam membina satu pelan perniagaan.Efektif program ini dilakukan ialah untuk memberi peluang semua orang dewasa mengeluarkan idea yang bernas dan bersikap lebih terbuka khasnya berkaitan isu-isu yang berbangkit.Penglibatan orang dewasa dengan pelajar telah memulakan satu langkah besar bagi kami untuk memulakan komunikasi antara mereka.Sesi komunikasi yang terjalin membuat kami lebih memahami permasalahan hidup mereka. Hal ini kerana salah seorang warga emas menceritakan masalahnya kepada saya dimana anaknya meninggalkannya di situ tanpa khabar berita dimana beliau sendiri terpaksa bekerja mengutip kotak untuk menampung kos hidup. Ia amat menyayatkan hati saya kerana sanggupnya seorang meninggalkan ibu bapa yang bersusah payah membesarkan mereka. Ia satu perbuatan yang hina bagi saya kerana ia memalukan kaum Melayu itu  sendiri, anak yang tidak reti bagaimana hendak bersyukur dengan hidup ini.Aktiviti kami diakhiri dengan sesi minum petang dan solat asar.

Oleh: Dewi Rahayu. 

FIN 

0 comments:

Post a Comment