Maka Bermulalah Kembara Jalinan Masyarakat Kami !

Lokasi JM yang bertempat di PPR Sri Pantai, Pantai Dalam merupakan salah satu kawasan yang terletak di pingggir bandar dimana ia merupakan kawasan penempatan masyarakat yang mempunyai kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah dan sederhana. Pembinaan kawasan perumahan kos rendah ini ialah usaha kerajaan bagi membasmi masalah setinggan di Bandar Raya Kuala Lumpur.  Hal ini demikian kerana menurut statistik yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesan 550000 penduduk setinggan tempatan di seluruh negara. Maka, diharapkan dengan pembinaan kawasan perumahan flat ini sedikit sebanyak dapat mengatasi permasalahan yang timbul.

Kebanyakan penduduk PPR Seri Pantai berasal dari Kampung Bohol, Kampung Pasir dan Rumah Panjang Bedford. Kawasan perumahan PPR Seri Pantai merupakan penempatan semula penduduk di kawasan setinggan dan ini sejajar dengan matlamat untuk mencapai 'Setinggan Sifar' menjelang tahun 2010 di Bandar Raya Kuala Lumpur. Dari aspek komposisi kaum, kajian mendapati kaum Melayu adalah penghuni setinggan paling ramai, iaitu sebanyak 38.5 % berbanding kaum Cina(36.5%), dan kaum India (16%). Bilangan penduduk yang tinggal di PPR Sri Pantai ialah dalam anggaran 1000 ke atas. Disini dapat dilihat bahawa wujudnya semangat perkauman yang tinggi dimana berlakunya pernempatan lorong-lorong flat mengikut kaum. 


Berikut ialah gambar kawasan perumahan PPR SRI Pantai.
Lokasi PPR SRI Pantai.

Refleksi oleh Ibn' Lazarus, AEL140007.


    Hari ini merupakan sesi pertama kami dalam projek Jalinan Masyarakat ini, kami dengan penuh semangat dan rasa ingin tahu datang ke lokasi yang dipilih. Setibanya kami disana saya disambut dengan bau yang kurang menyenangkan dan persekitaran yang agak menghampakan. Tempat tersebut agak kotor dan banyak gerai – gerai makanan dibina berderet di tepi jalan iaitu laluan utama yang menghubungkan kesemua flat perumahan. Saya berpendapat makanan disitu mungkin tidak bersih, hal ini  kerana kenderaan lalu lalang dan menerbangkan pasir keatas makanan yang dipamerkan. Lebih teruk ketika itu lori mengangkut sampah lalu dan membawa ‘hadiah’ yang menyucuk hidung.

Kami juga disambut dengan pandangan – pandangan yang meliar oleh penduduk setempat, dan mereka mula bercakap sesama – sama mereka sambil memerhatikan kami. Kami hanya berdiam diri dan menunggu Chin Hoe yang merupakan person incharge kami. Setelah dia tiba, kami segera menyusun barangan yang diperlukan bagi program KidzLife.

Sekitar jam 10 pagi, kanak – kanak mulai memenuhi dewan serbaguna ( tapak program KidzLife) tidak saya nafikan bahawa saya amat teruja untuk bertemu dan berinteraksi dengan kanak – kanak yang rata – ratanya berusia dari 5 tahun hingga 14 tahun Sepanjang program ini berlangsung, saya telah mendekati beberapa orang kanak – kanak dan berkenalan dengan mereka. Mereka menyukai saya, dan mereka selesa dengan sikap saya yang bersahaja. Oleh itu saya kekal begitu dan mula menegur sebilangan besar daripada mereka.

Pada akhir sesi JM ini, saya yang dahulunya tidak berapa menggemari kanak – kanak kerana bagi saya mereka agak menganggu, mula bersikap lebih terbuka dan saya berjaya menyingkirkan perasaan ini. Malah saya merasa puas dan ingin lebih menonjol dalam kalangan kanak – kanak tersebut. 







FIN.

0 comments:

Post a Comment