Ini adalah sesi yang terakhir dalam projek Jalinan Masyarakat ini. Ketika menjejakkan kaki ke lokasi ini dan mungkin ini kali terakhir saya berada disini. Saya mulai merasa sayu kerana kami akan pergi meninggalkan mereka, terutama kanak – kanak yang telah kami jalinkan hubungan.
Sesi kali ini dimeriahkan dengan sambutan hari lahir kepada kanak – kanak yang lahir dari bulan Januari sehingga bulan Mei. Saya dapat melihat wajah – wajah mereka yang amat girang dan tidak sabar untuk menjamah kek yang telah disediakan. Sebelum itu, kami telah melakukan beberapa aktiviti dan mini games sebagai acara pembukaan sambutan hari lahir tersebut.
Dalam aktiviti yang dijalankan, saya sempat berbual – bual dengan beberapa kanak – kanak yang lain. Saya tidak mengatakan bahawa itu adalah hari yang terakhir kami disana, mungkin pada hari yang akan datang, kami akan melawat.
Tidak banyak perkara yang boleh saya perkatakan, tetapi saya bangga dengan pencapaian kami kerana kami berjaya menjalankan projek ini dengan baik, saya juga yakin bahawa projek ini memberikan impak kepada masyarakat mahupun mahasiswa sendiri. Dan pasukan kami, bersetuju bahawa jalinan hubungan antara kami juga semakin rapat, kini kami lebih mengenali antara satu sama lain.
Secara keseluruhannya, projek Jalinan Masyarakat ini perlu diperluaskan dan diperkukuhkan lagi pelaksanaannya. Hal ini kerana sudah terbukti projek ini memberikan kesan yang amat positif kepada masyarakat dan mampu mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat disamping itu dapat menepis stigma yang mengatakan bahawa mahasiswa hari ini tidak peka dengan masyarakat sekeliling. Dan projek ini, secara tidak langsung dapat mengharumkan nama Jabatan Antropologi dan Sosiologi serta Universiti Malaya sendiri.

0 comments:
Post a Comment