GXEX1417 : Jalinan Masyarakat Universiti Malaya 2015 !

Jalinan Masyarakat ialah salah satu kursus dimana ia adalah wajib bagi semua pelajar tahun pertama di Unversiti Malaya. Seperti yang sedia maklum, pelajar bertanggungjawab untuk menlaksanakan program ini dan kumpulan dua telah memilih untuk bekerjasama bersama pihak Generasi Gemilang.

            Yayasan Generasi Gemilang merupakan salah satu badan NGO yang telah banyak melaksanakan program kemasyarakatan yang mendapat kerjasama serta sumbangan daripada pihak yang tertentu. GG sentiasa mengalukan kehadiran ahli baru untuk mengembangkan keluarga sukarelawan. Kerjasama bersama pihak GG melibatkan 3 kategori masyarakat seperti program Kidzlife, program Teezlife dan program orang dewasa. Program ini membantu membina kesedaran dalam kekeluargaan dan meningkatkan aspek kesihatan dalam masyarakat. Tema yang dipilih oleh kumpulan kedua ialah “ BELIA PRIHATIN GENERASI GEMILANG”. Tema ini amat sesuai dengan program yang dijalankan selaras dengan penglibatan para mahasiswa dengan menjalinkan hubungan bersama masyarakat.

            Kerjasama bersama pihak GG telah dijalankan sepanjang bulan Mac dan April, dimana peserta dikehendaki berkunjung ke lokasi JM sepanjang minggu dalam tempoh yang telah ditetapkan. Peserta mengambil masa lima minggu dan tempoh perjalanan selama 20 minit ke tempat JM. Sepanjang kunjungan dan kerjasama yang terjalin antara peserta, pihak GG serta masyarakat PPR Sri Pantai telah banyak memberikan pengalaman dan kesedaran akan situasi sebenar yang dialami oleh masyarakat.  


Maka Bermulalah Kembara Jalinan Masyarakat Kami !

Lokasi JM yang bertempat di PPR Sri Pantai, Pantai Dalam merupakan salah satu kawasan yang terletak di pingggir bandar dimana ia merupakan kawasan penempatan masyarakat yang mempunyai kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah dan sederhana. Pembinaan kawasan perumahan kos rendah ini ialah usaha kerajaan bagi membasmi masalah setinggan di Bandar Raya Kuala Lumpur.  Hal ini demikian kerana menurut statistik yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesan 550000 penduduk setinggan tempatan di seluruh negara. Maka, diharapkan dengan pembinaan kawasan perumahan flat ini sedikit sebanyak dapat mengatasi permasalahan yang timbul.

Kebanyakan penduduk PPR Seri Pantai berasal dari Kampung Bohol, Kampung Pasir dan Rumah Panjang Bedford. Kawasan perumahan PPR Seri Pantai merupakan penempatan semula penduduk di kawasan setinggan dan ini sejajar dengan matlamat untuk mencapai 'Setinggan Sifar' menjelang tahun 2010 di Bandar Raya Kuala Lumpur. Dari aspek komposisi kaum, kajian mendapati kaum Melayu adalah penghuni setinggan paling ramai, iaitu sebanyak 38.5 % berbanding kaum Cina(36.5%), dan kaum India (16%). Bilangan penduduk yang tinggal di PPR Sri Pantai ialah dalam anggaran 1000 ke atas. Disini dapat dilihat bahawa wujudnya semangat perkauman yang tinggi dimana berlakunya pernempatan lorong-lorong flat mengikut kaum. 


Berikut ialah gambar kawasan perumahan PPR SRI Pantai.
Lokasi PPR SRI Pantai.

Refleksi oleh Ibn' Lazarus, AEL140007.


    Hari ini merupakan sesi pertama kami dalam projek Jalinan Masyarakat ini, kami dengan penuh semangat dan rasa ingin tahu datang ke lokasi yang dipilih. Setibanya kami disana saya disambut dengan bau yang kurang menyenangkan dan persekitaran yang agak menghampakan. Tempat tersebut agak kotor dan banyak gerai – gerai makanan dibina berderet di tepi jalan iaitu laluan utama yang menghubungkan kesemua flat perumahan. Saya berpendapat makanan disitu mungkin tidak bersih, hal ini  kerana kenderaan lalu lalang dan menerbangkan pasir keatas makanan yang dipamerkan. Lebih teruk ketika itu lori mengangkut sampah lalu dan membawa ‘hadiah’ yang menyucuk hidung.

Kami juga disambut dengan pandangan – pandangan yang meliar oleh penduduk setempat, dan mereka mula bercakap sesama – sama mereka sambil memerhatikan kami. Kami hanya berdiam diri dan menunggu Chin Hoe yang merupakan person incharge kami. Setelah dia tiba, kami segera menyusun barangan yang diperlukan bagi program KidzLife.

Sekitar jam 10 pagi, kanak – kanak mulai memenuhi dewan serbaguna ( tapak program KidzLife) tidak saya nafikan bahawa saya amat teruja untuk bertemu dan berinteraksi dengan kanak – kanak yang rata – ratanya berusia dari 5 tahun hingga 14 tahun Sepanjang program ini berlangsung, saya telah mendekati beberapa orang kanak – kanak dan berkenalan dengan mereka. Mereka menyukai saya, dan mereka selesa dengan sikap saya yang bersahaja. Oleh itu saya kekal begitu dan mula menegur sebilangan besar daripada mereka.

Pada akhir sesi JM ini, saya yang dahulunya tidak berapa menggemari kanak – kanak kerana bagi saya mereka agak menganggu, mula bersikap lebih terbuka dan saya berjaya menyingkirkan perasaan ini. Malah saya merasa puas dan ingin lebih menonjol dalam kalangan kanak – kanak tersebut. 







FIN.

Minggu Kedua Kembara Kami ! | Promot ! Promot !

Pada minggu kedua ini saya dan rakan-rakan akan melakukan program mempromosi Kidzlife dari rumah ke rumah di sekitar kawasan sebelah PPR Sri Pantai Blok D100. Seperti biasa kami terpaksa ke sana dengan menaiki teksi dan kehadiran kami akan dicatat oleh Encik Chin Hoe. Kami diberikan taklimat tentang program yang bakal dilaksanakan dan penjelasan tentang penjagaan aspek keselamatan diri sewaktu melakukan promosi. Setiap pelajar akan pergi secara berpasangan sebagai teman dimana setiap dua orang akan pergi mempromosi di setiap 4 tingkat. Setiap floor menpunyai 16 pintu dimana kami berasa penat melakukan promosi kerana lif yang terdapat disana tidak digunakan dengan baik.Malah, sesetengah dari kami memilih menggunakan tangga kerana tidak sanggup menggunakan lif yang kotor dan berbau busuk.Kehadiran kami dianggab sebagai “sales girl” dimana pintu tidak akan dibuka walaupun ada prang didalamnya. Sesetengah masyarakat bersikap negatif dimana ada segelintir ibu bapa yang menganggap program KidzLife ini membuang masa dan tidak berfaedah dimana ia sekadar memberikan kanak-kanak keseronokan. Perkara ini dikata oleh salah seorang pekerja kerajaan yang bekerja sebagai jururawat lelaki dimana dia mengarahkan anak perempuannya menutup pintu tanpa mendengar penjelasan kami.Ia amat mengecewakan saya yang berpasangan dengan Yap Onn Sang. Kehadiran Yap di pintu rumah orang Melayu disalah anggab dimana seorang perempuan terus menghempas pintu rumahnya ketika Yap sedang mempromosi program KidzLife. Keadaan ini berlaku kerana Yap tidak begitu pandai berkomunikasi dengan masyarakat dimana dia lebih suka menggunakan bahasa Inggeris. Pada saya ia lawak dan sangat melucukan dimana saya akan sentiasa mentertawakan dia sepanjang aktiviti promosi kami.


Kami sedang berbincang mengenai Program tersebut.
          
Dapat dilihat di kawasan perumahan flat ini amat mengerikan dimana kawasannya yang kotor dan penuh najis kucing di setiap simpang jalan floor tersebut.Disini dapat saya simpulkan bahawa masyarakat disana tidak menitikberatkan aspek kebersihan. Hampir kesemua penduduk di situ akan membuang sampah melalui tingkap dapur mereka seperti kotak kertas telur, plastic, kulit telur, sisa makanan dan sebagainya. Sampah sarap ini pula akan terkumpul disitu dan membuatkan banyak ulat membiak dan  lalat bertebangan di situ. Masyarakat disini turut mengamalkan hidup berlandaskan penempatan kaum dimana Encik Herman, selaku pegawai Kebajikan Masyarakt di situ menjelaskan bahawa orang Melayu akan mendominasi tingkat bawah, diikuti orang Cina di bahagian tengah dan akhir sekali tingkat teratas ialah orang India. Hubungan antara tiga kaum ini dilihat amat renggang dimana mereka tidak akan duduk di kedai makan dalam satu meja yang sama. Malah, masyarakat India tidak suka bergaul antara kaum lain dari peringkat umur kanak-kanak, remaja sehingga orang dewasa.Terdapat beberapa orang gila yang berkeliaran di kawasan tersebut membuat kami berasa takut untuk lalu berdekatan kawasan mereka berdiri. Hal ini  kerana saya takut mereka akan menyerang kami dan mencederakan kami. Menurut infomasi yang diberikan Encik Herman, masyarakat PPR Sri Pantai juga terlibat dengan masalah sosial seperti dadah dan peminjam hutangAlong. Malah pernah terjadi kes pergaduhan ketika ALONG datang mengutip wang pinjaman.
         
 Aktiviti seterusnya yang kami lakukan ialah program bersama orang dewasa.Masyarakat yang terlibat ialah warga emas yang kebanyakkannya ialah orang Melayu yang diikuti dengan sebilangan kecil warga Cina dan India.Program dewasa yang dilakukan ialah membina satu pelan perancangan tentang usaha untuk menaja modal pendapatan sampingan atau kekal seperti strategi perniagaan bagi meningkat taraf hidup.Program ini menerapkan aspek kerjasama dan toleransi antara kaum yang berbeza dalam membina satu pelan perniagaan.Efektif program ini dilakukan ialah untuk memberi peluang semua orang dewasa mengeluarkan idea yang bernas dan bersikap lebih terbuka khasnya berkaitan isu-isu yang berbangkit.Penglibatan orang dewasa dengan pelajar telah memulakan satu langkah besar bagi kami untuk memulakan komunikasi antara mereka.Sesi komunikasi yang terjalin membuat kami lebih memahami permasalahan hidup mereka. Hal ini kerana salah seorang warga emas menceritakan masalahnya kepada saya dimana anaknya meninggalkannya di situ tanpa khabar berita dimana beliau sendiri terpaksa bekerja mengutip kotak untuk menampung kos hidup. Ia amat menyayatkan hati saya kerana sanggupnya seorang meninggalkan ibu bapa yang bersusah payah membesarkan mereka. Ia satu perbuatan yang hina bagi saya kerana ia memalukan kaum Melayu itu  sendiri, anak yang tidak reti bagaimana hendak bersyukur dengan hidup ini.Aktiviti kami diakhiri dengan sesi minum petang dan solat asar.

Oleh: Dewi Rahayu. 

FIN 

Minggu Ke-Tiga Projek Kami Berlangsung | Keselamatan dan Gotong - Rotong !


          Pada minggu ini, kami telah berkolaborasi dengan pelajar daripada fakulti engineering juga dari Universiti Malaya untuk melakukan Jalinan Masyarakat. Kami telah diarahkan untuk membawa topi untuk digunakan semasa pembelajaran dalam progrem Kidzlife. Seperti biasa kami telah melakukan tugasan seperti yang diarahkan sebelum bermulanya program. Semasa programKidzlife dijalankan kami telah mendedahkan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan penjagaan kepala dan kesan jika kepala tidak berfungsi. Kami mengajar bagaimana untuk melindungi kepala terutamanya aspek penjagaan otak. 
Seorang staff GG sedang memberikan tips keselamatan.

Semasa proses pembelajaran ini dijalankan kanak-kanak sangat fokus dan memberi maklum balas yang baik apabila ditanya. Untuk menghilangkan kebosanan semasa belajar kami telah bermain permainan iaitu blow the cup dan teka gambar. Permainan blow the cup bertujuan untuk mengajar mereka bersabar dan tidak putus asa dalam hidup kami analogikan apabila cawan tidak bergerak ke garisan penghujung dalam satu tiupan tidak semestinya kita kalah, kita masih berpeluang untuk mencuba, teka gambar ialah pemainan untuk melihat bagaimana mereka faham tentang perbelajaran yang dilakukan. Sebagai seorang yang dibesarkan dalam keluarga yang boleh dikatakan sempurna saya telah tersentuh melihat bagaimana mereka terlalu berdikari pada umur yang agak kecil, semasa seusia mereka, saya hanya tahu meminta kepada keluarga untuk penuhi apa saja keinginan saya berbeza dengan mereka selepas pulang program mereka berdikari untuk membeli makanan dan setengah daripada mereka terpaksa menjaga adik mereka, selepas ditanya kemana ibu bapa mereka saya diberitahu bahawa mereka keluar bekerja dan untuk menghilangkan kepuasan dirumah mereka akan keluar bermain, keadaan sekitar yang berbahaya dan tidak selamat tidak sesuai untuk pembesaran mereka.

Walaupun dibesarkan dalam keluarga sempurna namun masih merungut saya begitu terentuh melihat keadaan mereka tanpa perhatian ibubapa. Kami telah mengadakan gotong royong, program ini pada asalnya tidak terdapat dalam proposal namun setelah melakukan lawatan rmah ke rumah pada minggu kedua kami telah mengambil inisiatif untuk memastikan mereka membesar dalam suasana yang selesa. Kami telah melakukan gotong royong di kawasan taman permainan dan di kawasan perpustakaan. Pada mulanya saya agak terkejut apabila mendengar terdapat barangan jatuh dengan bunyi yang kuat apabila didekati barangan tersebut merupakan sampah sarap dan terdapat seorang kanak-kanak memberitahu kawasan ini memang sering melakukan perbuatan tidak bertamadun itu. Saya terfikir jika mereka melakukan pekara ini didepan kanak-kanak bagaimana mereka hendak membentuk peribadi kana-kanak yang mulia jika mereka sendiri menunjukkan contoh yang tidak elok. Kami akhiri program pada minggu ketiga dengan taklimat penutup.


oleh : Shahera. 

FIN

Minggu Ke-Empat | Kami Masih Bersama.

 Pada hari ini, iaitu 4 April 2015 saya dan rakan-rakan sekali lagi menyempurnakan program Jalinan Masyarakat bagi sesi yang keempat. Walaupun tanpa kehadiran pengarah aktiviti daipada Persatuan Generasi Gemilang iaitu, Mr. Chin Hoe disebabkan beliau terpaksa ke Sarawak atas urusan kerja, kami mampu menjayakan program Kidzlife ini. Kami telah diawasi oleh pegawai lain yang menggantikan Mr. Chin Hoe iaitu Madam Bernice dan rakan-rakan dari Generasi Gemilang ynag lain iaitu Janet, Wai Leem, Samuel dan rakan-rakan dari Fakulti Kejuteraan Universiti Malaya. Kami telah dibahagikan tugas dan rasa amat bersyukur kerana pelajar dari Fakullti Sains Sosial dan Kejuteraan boleh bersatu dalam satu pasukan walaupun ini merupakan kali kedua mereka bersama-sama dalam Kidzlife.

Kami makan bersama setelah selesai sesi JM.

Refleksi saya pada program hari ini adalah lebih fokus kepada kelemahan pembahagian dan perlaksanaan tanggungjawab kami sendiri. Pertama sekali, oleh sebab hari ini terdapat orang mahasiswa yang tidak begitu ramai, maka pembahagian tanggungjawab timbul konflik bagi saya, kerana saya merupakan ketua kumpulan dan juga orang bertanggungjawab dalam kumpulan pendfataran pada masa yang sama. Ini menjadikan saya tidak dapat menyambut kedatangan kanak-kanak dalam kumpulan saya dan berinteraksi dengan mereka kerana saya sibuk dalam pendaftaran itu. Walaubagaimanapun, saya pun segera memilih lagi satu pembantu kumpulan saya untuk membuat pendaftaran di luar, maka saya pun masuk kedalam untuk membimbing kumpulan saya dan bersorak dengan mereka supaya mereka tidak berasa kekok atau tidak bersemangat. Maka saya belajarlah satu pelajaran yang penting tentang mengatasi konflik yang ditimbul dengan cepat dan tepat dalam masa yang singkat.

oleh: Mahuan Yos dan Chum.

Penutup Projek JM 2015 | Kami Sentiasa Bersama Kalian.

Ini adalah sesi yang terakhir dalam projek Jalinan Masyarakat ini. Ketika menjejakkan kaki ke lokasi ini dan mungkin ini kali terakhir saya berada disini. Saya mulai merasa sayu kerana kami akan pergi meninggalkan mereka, terutama kanak – kanak yang telah kami jalinkan hubungan.

Sesi kali ini dimeriahkan dengan sambutan hari lahir kepada kanak – kanak yang lahir dari bulan Januari sehingga bulan Mei. Saya dapat melihat wajah – wajah mereka yang amat girang dan tidak sabar untuk menjamah kek yang telah disediakan. Sebelum itu, kami telah melakukan beberapa aktiviti dan mini games sebagai acara pembukaan sambutan hari lahir tersebut.

Dalam aktiviti yang dijalankan, saya sempat berbual – bual dengan beberapa kanak – kanak yang lain. Saya tidak mengatakan bahawa itu adalah hari yang terakhir kami disana, mungkin pada hari yang akan datang, kami akan melawat.

Tidak banyak perkara yang boleh saya perkatakan, tetapi saya bangga dengan pencapaian kami kerana kami berjaya menjalankan projek ini dengan baik, saya juga yakin bahawa projek ini memberikan impak kepada masyarakat mahupun mahasiswa sendiri. Dan pasukan kami, bersetuju bahawa jalinan hubungan antara kami juga semakin rapat, kini kami lebih mengenali antara satu sama lain.

Secara keseluruhannya, projek Jalinan Masyarakat ini perlu diperluaskan dan diperkukuhkan lagi pelaksanaannya. Hal ini kerana sudah terbukti projek ini memberikan kesan yang amat positif kepada masyarakat dan mampu mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat disamping itu dapat menepis stigma yang mengatakan bahawa mahasiswa hari ini tidak peka dengan masyarakat sekeliling. Dan projek ini, secara tidak langsung dapat mengharumkan nama Jabatan Antropologi dan Sosiologi serta Universiti Malaya sendiri.


FIN